Rabu, 10 November 2021

PENGENALAN





Kursus KPF3012 merupakan kursus Pendidikan Profesional yang mengandungi tujuh elemen penting dalam perkembangan pendidikan iaitu pendidikan, perancangan, pembangunan pendidikan, pelaksanaan pendidikan, etika dan peraturan pendidikan dan AKTA PENDIDIKAN 1996. Kandungan kursus ini dipenuhi dengan maklumat-maklumat penting untuk pengetahuan asas kepada setiap guru. Kursus ini bernilai dua jam kredit.



Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Zalina Binti Ahmad selaku pensyarah bagi kursus KPF3012 kerana telah memberi peluang dan tunjuk ajar kepada kami untuk menghasilkan blog ini. Tujuan kami membuat blog ini adalah untuk tugasan berkumpulan iaitu projek kreatif bagi subjek KPF3012 Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah Dan Dasar. Dalam blog ini, kami akan menerangkan berkaitan Pengenalan Kepada Pendidikan, Falsafah Dasar dan Pembangunan. Kandungan di dalam blog ini adalah seperti berikut:

1. Hubungkait di antara falsafah, dasar dan sistem pendidikan dalam perkembangan pendidikan di Malaysia.

2. Fungsi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia

3. Pengaruh pendidikan terhadap pembangunan insan dan negara

4. Impak pembangunan negara terhadap kemajuan pendidikan

Di dalam blog ini kami akan berkongsikan kepada anda semua serba sedikit berkaitan topik ini. Kami berharap bahawa blog ini mampu memberi manfaat kepada pembaca dalam mencari maklumat yang di ingini. SELAMAT MEMBACA!!!

Pengenalan

PENGENALAN