FUNGSI FALSAFAH TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA





1.Ketetapan makna Pendidikan

Ketetapan makna Pendidikan adalah untuk membina pendidikan itu sendiri merupakan kerja falsafah untuk membezakannya dengan makna-makna yang lain dengan mengambil kira cabang seperti metafizik iaitu ketuhanan dan realiti, epistemologi iaitu perihal ilmu dan pengetahuan , aksiologi pula merupakan perihal nilai etika dan estetika serta logik yang berkaitan dengan pemikiran dan penyelesaian masalah. Contohnya pengajaran dan kurikulum.

2.Menentukan matlamat /hala tuju Pendidikan

Falsafah Pendidikan juga berfungsi untuk menentukan ke arah manakah setiap warganegara perlulah dibimbing pada peringkat usia persekolahan. Pembinaan sekolah iaitu tempat didikan yang sempurna dan lengkap supaya dapat melahirkan insan yang sempurna dan warganegara yang dicita-citakan.

3.Kebermaknaan hasil Pendidikan

Tujuan Pendidikan ditetapkan adalah memberi gambaran yang jelas tentang hasil pembelajaran yang mesti dicapai oleh setiap warganegara yang mana perlu dibentuk dan dibangun dan bagaimana ianya akan dilaksanakan.Contohnya warganegara yang berakhlak, harmoni dan seimbang.

4.Menetapkan proses Pendidikan 

Dengan adanya tujuan atau matlamat dan hasil Pendidikan yang ingin dicapai, maka perkara yang penting dengannya ialah menetapkan proses yang perlu dilaksanakan bagi mencapai matlamat Contohnya seimbang serta bersepadu.

5.Penambahbaikan Pendidikan

Membina falsafah Pendidikan merupakan langkah pertama untuk membaiki proses Pendidikan dalam sistem pendidikan yang dilaksanakan di sesebuah negara. Contohnya,Pendidikan sepanjang hayat serta Pendidikan potensi.

Berikut juga merupakan fungsi falsafah terhadap perkembangan Pendidikan

  • Perkembangan intelek, rohani dan jasmani membantu dalam perkembangan potensi individu.
  • Membolehkan berlakunya perkembangan ilmu yang kritikal, seimbang dan mampu untuk melahirkan modal insan yang menjadi matlamat negara.
  • Memberikan haluan dan panduan kepada pakar pendidikan untuk merancang sistem pendidikan yang baik.
  • Dapat mewujudkan satu masyarakat yang berpengetahuan, berketerampilan, jati diri yang tinggi, progresif dan berinovatif.




KESIMPULAN

Umum bersetuju, guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang bertanggungjawab untuk mendidik murid-murid di sekolah. Oleh itu, guru yang mempunyai kemahiran professional sangat memainkan peranan yang besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak. Peranan ini penting bagi membawa pendidikan negara Malaysia ke arah pendidikan yang bertaraf dunia. Para pelajar mestilah di didik menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi untuk melahirkan pelajar yang terdidik untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai intelektual yang tinggi dalam menghadapi era globalisasi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengenalan

PENGENALAN