PENGARUH PENDIDIKAN TERHADAP PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA

 PENGENALAN

  • Pendidikan merupakan salah satu aspek penting dalam membangunkan modal insan di Malaysia.  Selain itu, elemen nilai murni, akhlak dan moral juga merupakan aspek yang penting dalam pembangunan insan dalam sesebuah negara.
  • Pendidikan sebagai cara yang sangat diperlukan untuk orang ramai mengenali kekuatan, merealisasikan keupayaan mereka dan mempelajari nilai-nilai positif untuk diguna pakai dalam kehidupan.

  • Kejayaan dalam pembinaan modal insan adalah bergantung kepada dasar pendidikan dan juga sistem pendidikan sesebuah negara. Oleh itu, pelbagai langkah sedang dilaksanakan daripada peringkat pra-sekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi bagi meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan di Malaysia.
DEFINISI
  • Menurut Socrates (470-399sm), Pendidikan ialah usaha pembinaan pekerti dan pengembangan akal fikiran.
  • Menurut Yusuf al-Qardawi (1980), Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati dan rohani, jasmani, akhlak dan tingkah laku. Ia bertujuan menyediakan manusia hidup dalam masyarakat bagi menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan.
PEMBANGUNAN
  • Menurut A.Aziz Deraman (2010), pembangunan merujuk perubahan sosial melibatkan pelbagai aspek dalam masyarakat seperti persepsi politik, tanggapan tentang kemajuan ekonomi dan amalan budaya.
  • Menurut Muhammad Syukri Saleh (2002), konsep pembangunan dalam Islam adalah berasaskan kepada keesaan Allah S.W.T, matlamat ialah keredahan Allah S.W.T (mardatillah) dan kerangkanya mencakupi skala waktu panjang iaitu waktu kehidupan di dalam roh, dunia dan akhirat. Sepanjang skala itu, manusia mesti mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.  
PEMBANGUNAN INSAN
  • Cara atau kaedah untuk mengenal atau mengkategorikan kemahiran dan kebolehan seseorang atau individu dalam sesuatu bidang terutamanya dalam memberi sumbangan kepada pembangunan negara. 
PEMBANGUNAN NEGARA
  • Perubahan yang dimaksudkan meliputi pelbagai aspek kehidupan manusia seperti ekonomi, politik , sosial , pendidikan , psikologi dan sebagainya. Selain itu, perubahan ini juga merujuk kepada aspek fizikal, kebendaan dan bukan kebendaan.
TIGA PENDEKATAN PEMBANGUNAN INSAN
  1. Kognitif : Menekankan pada aspek intelektual yang melibatkan otak (mental). Pendidikan dapat melahirkan pelajar yang dapat berfikir secara meluas dalam membuat penaakulan.

  2. Afektif: Menekankan pada sikap, perasaan, emosi, dan minat yang ada di dalam diri seseorang.
     
  3. Psikomotar: Kemahiran yang ada dalam diri seseorang sama ada secara semula jadi atau kemahiran selepas mendapat ilmu pengetahuan.
PENGARUH PENDIDIKAN TERHADAP PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA
  • Pembangunan pendidikan haruslah bermula daripada akar umbi iaitu sejak dari kecil. Hal ini adalah kerana seseorang insan itu akan lebih mudah dibentuk dari segi akhlak, kemahiran dan sebagainya. 
  • Pendidikan mampu untuk melahirkan seorang insan yang berjaya di alam pekerjaan berkemahiran serta berfikiran tinggi.
  • Di samping itu, pendidikan juga dapat mendidik seseorang insan untuk menjadi seorang yang berakhlak dan mempunyai nilai-nilai yang dapat meningkatkan aset seseorang insan itu
  • Sekolah, institusi, guru merupakan pemangkin dalam ke arah meningkatkan aset insan itu sendiri.
1. EKONOMI
  • Pendidikan secara tidak langsung akan dapat melahirkan modal insan ataupun tenaga kerja yang berpendidikan tinggi dan berkualiti.

  • Modal insan yang dapat dilahirkan melalui pendidikan adalah bersifat kreatif, inovatif dan produktif dalam sesuatu perkara.

  • Perkara ini akan membantu dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara melalui produktiviti dan meningkatkan penggunaan inovasi teknologi.

2. SOSIAL
  • Pendidikan dapat menyatupadukan rakyat yang pelbagai kaum di Malaysia. Hal ini adalah kerana setiap rakyat perlu ada nilai murni, etika serta sahsiah yang baik dalam diri masing-masing supaya masyarakat dapat hidup dalam keadaan yang harmoni.

  • Perpaduan akan menjadi semakin kukuh.

  • Pendidikan agama dan sivik serta moral dapat mengajar nilai seperti amanah, jujur, bertanggungjawab dalam diri seseorang insan itu.








ISU SEMASA BERKAITAN PENGARUH PENDIDIKAN


  • Sebagai contoh semasa musim pandemik Covid-19 melanda negara kita boleh lihat betapa pendidikan ini sangat mempengaruhi cara pemikiran serta perbuatan seseorang individu tersebut.
  • Isunya ialah apabila seseorang itu mempunyai pendidikan yang secukupnya contohnya berkaitan ilmu penjagaan diri dan kesihatan. Semasa pandemik melanda yang berterusan sehingga masa kini, mereka dapat membezakan dan menentukan perbuatan yang perlu atau tidak perlu bagi mengelakkan diri mereka daripada dijangkiti penyakit Covid-19.
  • Semasa pandemik Covid-19 melanda, kita diarahkan berkurung dan tidak keluar rumah. Arahan ini dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia dan disini kita boleh lihat sama ada pendidikan berjaya mempengaruhi atau pun tidak kepada individu dan masyarakat. Seterusnya adalah berkaitan kepentingan pemakaian pelitup muka dan penjagaan diri seperti mencuci tangan.
  • Arahan ini sangat diambil berat oleh orang yang mempunyai pendidikan kerana mereka tahu apa yang baik dan apa yang tidak untuk diri mereka dan keluarga berbanding dengan orang yang tidak mempunyai pendidikan.   




ISU SEMASA BERKAITAN PENGARUH PENDIDIKAN


  • Mengapa perkara ini boleh berlaku ? Pada pandangan saya, perkara ini boleh berlaku adalah berpunca daripada didikan di rumah yang kurang berkesan.
  • Hal ini kerana ketika di rumah ibu bapa dan adik beradik memainkan peranan yang sangat memberikan kesan terhadap perlakuan seseorang individu itu.
  • Antara faktor lagi ialah kebebasan yang keterlaluan diberikan ibu bapa terhadap penggunaan telefon pintar, media sosial dan internet di rumah menyebabkan anak-anak ini mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang tidak baik.
  • Antara ilmu yang boleh diajar di rumah adalah berkaitan kepatuhan dan ketaatan kepada ibu bapa, sikap saling hormat-menghormati, kasih sayang antara adik beradik dan juga ilmu agama.




 
KESIMPULAN
  • Pendidikan memainkan peranan utama dalam pembangunan insan dan juga negara. 
  • Pendidikan menjadi punca kemajuan sesebuah negara dan juga masyarakat.
  • Pendidikan juga menjadi asas pembinaan negara dan mengukuhkan perpaduan antara rakyat pelbagai kaum.
  • Oleh itu, melalui pendidikan seseorang itu boleh menaik taraf hidup beliau ke arah yang lebih baik dan menjadi seorang modal insan yang berkualiti.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengenalan

PENGENALAN